Thursday, October 8, 2009

20 perkara wanita benci lelaki ?




hurm mngikut tajuk di atas btul ke perkara tu hanye boleh di tujukan pade lelaki ?
atau perempuan ? atau kedua2nye sekali ?





1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak
meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'


Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak ialah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala
gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti
mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis.
Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan
melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini
berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang
suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki
selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak
semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang
ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga
sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa
cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA


Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya
tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun
sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah
kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa
kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang
pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun
dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH


Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi
alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan
tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap
meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap
anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan
sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen
HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!


Bercinta dan berkasih biar satu, berkawan biar seribu.
Tiada istilah berkongsi kasih-sayang di dalam hidupku.
Seorang jejaka, hanya untuk seorang wanita dan tidak lebih dari itu.



p/s : aku ade soalan tuk korang semua !

susah x nk cari lelaki yg soleh ?
susah x nk cari perempaun yg solehah ?

Tuesday, September 8, 2009

NUR KASIH again n again...

sambungan...

Episode 21


Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa
dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan
mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersama-
sama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut
doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan
keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina
meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya
tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..

Episode 22



Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

Episode 23


Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang
tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina
ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke
Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang
terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada
dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan
sebagai hilang.

Episode 24


6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Episode 25



Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur
jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap
menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada
Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.
Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai
dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama
kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup
bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Episode 26


Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

abes cite...
nk lg best tggu je tayangan cite ni kat TV3 tue..

NUR KASIH again..

Sambungan

Episode 11

Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan
mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah
Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali
Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur
hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan
kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya
dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam
semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang
mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan
Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di
sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Episode 12


Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin
tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam.
Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah
datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan
cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur,
Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah
merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan
persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur
dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah
tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan
Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan
sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Episode 13



Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu
mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang
dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan
perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak
melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang
ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina
merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah
berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana
dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL.
Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia
berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang
yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri
meninggalkan Adam.

Episode 14



Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia.
Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia
terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan
kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan
gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur
ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam.
Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu
teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat
majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada
masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,
sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya
Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.

Episode 15


Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam
memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam
bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali
berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima
Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur
terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya
memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil
Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil
melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis.
Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah
kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang
isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang
gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Episode 16

Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat
Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata
dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini
kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang
terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah
gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam
dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh
harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak
akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia
menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Episode 17


Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Episode 18


Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis.
Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa
kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh
ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur
Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat
Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut
Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar
tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam
pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis
berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak
diundang..Katrina.

Episode 19


Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri
setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang
wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal
dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina
sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini
Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap
Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada
Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur
angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah
S.W.T. melindunginya sentiasa.

Episode 20


Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan
Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi
masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan
Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing
isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus
mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya
tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang
jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur.
Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya
mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu.
Dia minta Aidil berterus terang.

bersambung lagii...