Thursday, March 25, 2010

"Sebuah kisah tatapan utk semua... Yang baik jadikan pengajaran.. .wahai suami reda lah dengan apa yang ada pada isterimu.... ......"

>Nura memerhatikan jam di dinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh... dia
> lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
> 2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya. "Eh!
> abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. "Tak per
> lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur di atas". jawapan yang cukup
> mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja
> dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru
> sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak
> simpan lauk dalam peti ais dulu". pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur
> air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah
> suami tercinta, kecil hatinya sedih perasaannya. Nura ambil dua keping roti
> sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi
> selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas
> sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke
> bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan
> suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat
> malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang
> pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura
> rindu nak peluk abang, Nura nak kucup abang, Nura rindu abang". Selesai
> solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia,
> dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan
> paling panjang dan khusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk
> menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi,
> manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami
> tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk
> menggoreng mee. "Assalamualaikum" , sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian
> untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil
> menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya
> meminta air sejuk sahaja, dia ada 'presentation' dan hendak cepat, mee
> goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar
> dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang,
> Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura", kata Nura
> selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.
> ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --
>
> "Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri. "Dekat pukul 2.00 pagi".
> Jawab Hilmi acuh tak acuh. "Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi
> semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal. "Apa nak
> buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan
> borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur.
> "Balas Hilmi. "Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari
> alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi
> fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang
> cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah
> sekarang bekerja sebumbung. "Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak
> akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami
> tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi. "Well, aku rasa aku perlu dengar
> penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas
> kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil
> menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.
> ------------ --------- --------- --------- --------- ---------
>
> Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat
> manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak
> saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur
> sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat
> kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan
> segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nura menangis
> sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek.
> Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu
> makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin
> laju air matanya mengalir. "Abang sanggup menerima Nura, abang tidak
> menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas. "Abang cintakan Nura setulus hati
> abang, abang sanggup dan Insya-Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan
> abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi. "Walaupun
> kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nura lagi. "Syyy...
> doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang
> yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura. Nura
> masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak
> boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada
> ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi
> yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas
> 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan
> kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah
> selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya
> dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada
> abang. ------------ --------- --------- --------- --------- ---------
> --------- -------
>
> "Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan
> Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu
> mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi... " ayat Hilmi
> terhenti disitu. "Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up?" Celah
> Zikri. "Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja,
> sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa
> simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya",
> terang Hilmi. "Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia?" tingkas Zikri.
> "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu
> perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku
> kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba
> mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana
> simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi. "Dan
> kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati
> dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?" "Anak angkat tak
> sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri
> dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun
> dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati
> dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi. ------------ --------- ---------
> --------- --------- ---------
>
> - Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan
> pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah
> saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi di kampung. Kini dah hampir 5
> bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya
> yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu
> seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya.
> Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan
> bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk
> mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya,
> maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga
> dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami
> tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi
> kini... aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing
> sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi
> Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada
> Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak
> sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura
> takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta. Aaarggh
> Rindunya Nura pada abang. ------------ --------- --------- ---------
> --------- --------- --------- --
>
> "So you dah tahu I dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa?
> Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua
> minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati
> menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya. "I
> ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan
> you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura? ------------
> --------- --------- --------- --------- --------- --------- --
>
> "Abang, Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura
> pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat. "Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call
> teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi
> yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti
> dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama
> menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih
> dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua
> bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin
> panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura
> menangis lagi. Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani
> Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa
> kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi.
> Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada
> manusia yang ada di depan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang.
> Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka
> mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang
> dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
> "Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti
> kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah
> Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan
> balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh..dah
> pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah
> dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin
> dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari
> duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja
> rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini
> Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu
> Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura.
> "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang
> menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang abaikan Nura, Nura
> sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan
> kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? " dan Nura
> terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan
> cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul... " Pagi tu, Hilmi keluar
> rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin
> rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus
> tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura
> risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi
> bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi
> muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi
> Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi
> pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar
> mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam.
> demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke
> klinik, sebab sudah tidak tahan lagi. ------------ --------- ---------
> --------- --------- --------- --------- --
>
> Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang
> abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia
> sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut
> oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni,
> boleh aku jumpa kau? tanya Zikri. "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang,
> mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya
> hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik
> hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak
> aku boleh?" pinta Zikri. "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama
> tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju
> Nura. ------------ --------- --------- --------- --------- ---------
> --------- --
>
> "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh
> makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti
> dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.
> Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri
> serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam
> mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam
> proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara
> sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau
> tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga
> korang." terang Zikri. Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir
> luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik
> rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura
> menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal. Dua hari kemudian
> Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura
> bertekad untuk bertanya. "Ya, betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan
> langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah
> pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana
> mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat
> sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan
> Nura." Janji Hilmi. Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk
> berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar
> duka. Nura terlalu kecewa. ------------ --------- --------- ---------
> --------- --------- --------- --
>
> Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak
> dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan
> dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih
> resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat", terang doktor pada Hilmi.
> "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi. "Dua-dua ibu dan baby dalam
> kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu
> kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi
> kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim
> dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
> "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi.
> Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang
> Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila
> abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura
> tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu."
> Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang
> cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi,
> dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi
> ayah tidak lama lagi." janji Hilmi. Kesal kerana mengabaikan Nura yang
> mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah,
> mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura
> pengsan di halaman, dapat dilihat orang. ------------ --------- ---------
> --------- --------- --------- --------- ------
>
> "Mama, kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila
> melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua
> dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia
> memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran
> kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."
> balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan
> rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan
> bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya
> berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa
> berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang
> dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia,
> ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia
> nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan
> berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan
> sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan
> manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat
> membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku
> pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi
> nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia
> ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba
> bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua
> orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana.
> Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor
> bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba
> sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan,
> seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan
> Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak
> sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya
> menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya
> terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi
> menyelamatkan nyawanya." jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan
> isteri saya selamat. " ------------ --------- --------- --------- ---------
> --------- --------- --
>
> "Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan
> mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu
> dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah.
> Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan
> semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang
> pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia
> rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia
> mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara,
> ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura
> menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu
> pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira".
> pujuk Hilmi menenangkan Nura. "Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari
> bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak...
> makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi
> hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah. ------------ ---------
> --------- --------- --------- --------- --------- --
>
> "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan
> kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia
> 'dijemputNya" , terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah
> selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan
> menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah
> ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang
> bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi
> membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis
> seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk
> sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup
> mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi
> mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap
> didakapan papanya. ------------ --------- --------- --------- ---------
> --------- --------- --
>
> Abang yang Nura rindui, Abang, maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu
> menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini,
> mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan
> selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa
> yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah
> tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat
> abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura
> menanggung segala kepayahan demi zuriat ini bang. Saat Nura menulis surat
> ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setiap katil hospital ini. Baby kita
> makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa setiap tendangan dia
> abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan
> setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya
> ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura
> redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang.
> Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk
> mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya.
> Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah
> telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut
> memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah
> sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya
> menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan
> terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya
> dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa
> seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang
> mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh
> kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang,
> dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu
> yang penyayang. Abang yang Nura rindui... Dulu sewaktu rumah tangga kita
> dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi
> Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak
> abang tahu yang... Nura rindukan abang... ... Nura rindu sangat dengan
> abang... ..rindu bang... rindu sangat..