Tuesday, September 8, 2009

NUR KASIH again..

Sambungan

Episode 11

Nur bekerja di sebuah firma arkitek. Selang beberapa minggu, dia diberitahu akan
mendapat bos baru. Bagai terhenti jantungnya bila mendapati bos tersebut adalah
Adam. Nur ingin meletakkan jawatan, tapi Adam menghalangnya. Kalau begitu sekali
Nur membencinya hingga tidak sanggup memandangnya, maka dia yang akan pergi. Nur
hairan, kenapa Adam lain benar dari dulu. Nur buat keputusan untuk meneruskan
kerjanya. Adam semakin tertarik dengan isterinya ini. Sementara itu hubungannya
dengan Katrina semakin renggang. Katrina mahukan belaian suaminya, tapi Adam
semakin menjauhkan diri. Adam mula mendekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Katrina bingung. Mana suaminya yang dikahwini dulu? Siapa lelaki Muslim yang
mahukan dia bertudung dan bersembahyang ini? Katrina semakin kemurungan. Nur dan
Adam tidak dapat mengelakkan diri bila dihantar untuk melihat tapak projek terbaru di
sebuah kawasan peranginan, dan mereka semakin rapat.

Episode 12


Sebaik Nur dan Adam pulang dari tempat peranginan tadi, Aidil mengunjungi Nur. ingin
tahu khabarnya.. Nur berkata dia semakin membiasakan diri dengan kehadiran Adam.
Dia mengakui merindui surat-surat Aidil, yang banyak memberinya kekuatan. Sarah
datang mencari Nur di tempat kerja, terkejut mendapati Nur dengan Aidil. Perasaan
cemburunya membuak. Nur terkejut melihat Sarah. Sarah pinta penjelasan. Sangka Nur,
Sarah ketahui tentang dirinya dan Adam. Dia ceritakan segalanya dan pinta Sarah
merahsiakannya. Rasa cemburu Sarah mendorongnya untuk memusnahkan ikatan
persahabatan antara Nur dan Aidil. Dia menulis surat tak bernama pada Adam yang Nur
dan Aidil berhubungan sulit. Adam berdepan dengan Aidil dan Nur. Nur bersumpah
tidak pernah menduakan suaminya. Di sudut hati, Aidil menangis mendengar kenyataan
Nur. Tapi dia mengiyakannya pada Adam, mereka tidak pernah melebihi batasan
sebagai saudara. Adam meminta maaf pada Nur dan Aidil.

Episode 13



Adam dan Nur semakin rapat. Adam berkongsi impiannya bersama Nur. Dia mahu
mereka membina hidup baru bersama dikelilingi oleh tawa anak-anak . Hati Nur yang
dulu terguris, yang dulu menolak cinta, akhirnya mengakui yang dia juga menyimpan
perasaan sayang pada lelaki bernama suami itu. Aidil nasihati Adam supaya tidak
melukakan lagi hati Nur. Jika dia ingin memiliki Nur semula, buatlah dengan niat yang
ikhlas. Nur mendapat tahu yang Adam mempunyai isteri yang lain Katrina. Katrina
merayu padanya supaya tidak merampas suaminya. Katrina jelaskan apa yang telah
berlaku, dan Adam cuma inginkan zuriat, itu saja. Dia tidak mencintai Nur, sebagaimana
dia mencintai Katrina. Nur kecewa lagi dengan Adam. Dia membawa diri, pergi dari KL.
Adam memarahi Katrina kerana melukakan hati Nur. Tanya Katrina, haruskah dia
berdiam diri sementara suaminya dirampas perempuan lain? Adam berterus-terang
yang Nur itu isteri pertamanya. Katrina rasakan dunianya runtuh dan melarikan diri
meninggalkan Adam.

Episode 14



Setahun kemudian, Nur bekerja sebagai agen di Mekah menguruskan jemaah Malaysia.
Jiwanya tenang dan telah belajar melupakan Adam. Sewaktu dia mengiringi jemaah, dia
terdengar suara memberi salam. Kelihatan Adam berdiri di depannya, berihram dan
kepala yang bercukur. Nur hampir tidak mengenalinya, dia menyapa dengan baik dan
gembira Adam terpanggil untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Adam menjemput Nur
ke hotel dia menginap, Nur menolak dengan baik. Hatinya sudah tertutup untuk Adam.
Adam pinta Nur datang untuk ibunya yang sudah mengetahui perkara yang sebenar. Ibu
teringin sangat untuk berjumpa dengan Nur. Nur serba-salah, terngiang nasihat
majikannya, Ummu Majid yang dianggapnya seperti ibu angkatnya bahawa tiada
masalah yang akan selesai dengan melarikan diri. Aidil datang berjumpa dengan Nur,
sampaikan hajat ibunya untuk bertemu dengan Nur. Nur akur tapi meminta supaya
Adam tidak berada di situ. Aidil kata Adam telah benar-benar berubah kali ini.

Episode 15


Nur sebak dan terus bersalam dan memeluk Ibu. Aidil senyum hiba dan Adam
memerhati, matanya berkaca. Nur mengalah akan pelawaan Ibu makan malam
bersama. Nur kata dia harus pergi segera, tapi Adam pintanya jangan lari setiap kali
berjumpanya. Bukan niatnya untuk mengejar jika pintu hati Nur terbuka untuk terima
Adam akan berada di sisi Nur. Jika hatinya masih tertutup dia akan menunggu. Nur
terharu tapi begitu takut dikecewakan lagi oleh suaminya itu. Adam pinta isterinya
memaafkan semua perbuatannya yang lalu dan berhasrat untuk berjalan ke Masjidil
Haram bersama isterinya. Nur menggelengkan kepala, Adam kecewa tapi redha. Aidil
melihat dan bersuara ke Nur kembali pada Adam, jodohnya dan Adam sudah tertulis.
Dia sebak akan segala pengorbanannya. Ibu berdoa kepada Ilahi, berikanlah
kebahagiaan pada Aidil yang selama ini telah berkorban, berikanlah dia cinta seorang
isteri. Sebaik airmata Ibu jatuh ke tanah, pandangan Aidil bertembung dengan seorang
gadis yang berabaya dan niqab, sinaran matanya menusuk ke hati Aidil.

Episode 16

Gadis tersebut ditemani oleh bapanya dan berjalan menuju ke hotel yang sama tempat
Aidil menginap. Sebaik melangkah masuk, ibu mengenggam tangan Aidil, dan berkata
dia bangga punyai anak seperti Aidil. Dia bersyukur kerana pengorbanan Aidil, Adam kini
kembali ke pangkal jalan. Ibu mahukan yang terbaik untuk Aidil dan dia percaya yang
terbaik jugalah dimiliki Aidil. Aidil senyum, mengerti ibunya. Mata Aidil melirik kearah
gadis tadi, dan Ibu tersenyum. Ibu nasihati Adam supaya membebaskan Nur. Kata Adam
dia tidak akan berbuat demikian kecuali dipinta sendiri oleh Nur.Dia masih menaruh
harapan.. Adam terima sepucuk surat dari Nur yang sudah memaafkannya dan dia juga
pinta supaya Adam memaafkannya. Dia sedar dia bukan isteri yang sempurna dan
mengizinkan Adam untuk mencari penggantinya. Adam membalas surat Nur dia tidak
akan mencari pengganti diri Nur. Baginya Nur isterinya hingga ke akhir hayat. Dia
menamatkan suratnya dengan sebuah doa.

Episode 17


Setahun kemudian, Adam kini telah membuka firma arkiteknya sendiri yang membuat
pengkhususan dalam senibina Islam. Dia terkejut bertemu dengan Nur Aminayang
sudah pulang ke Malaysia. Adam bertanya jika Nur kembali untuk selamanya. Dan sudah
temui kebahagiaan yang dicari? Nur angguk. Nur tanya kenapa Adam berhenti menulis
email pada Nur. Sangka Adam Nur tidak pernah membaca surat-suratnya, ta[I Nur kata
dia membaca setiap satu daripadanya. Adam menjemput Nur pulang ke kampung
bersamanya untuk majlis pernikahan Aidil. Aidil bersyukurAdam dan Nur bersatu. Adam
berterima kasih atas pengorbanan abangnya. Adam dan Nur kembali ke bilik mereka
menghabiskan malam pertama mereka dulu. Setelah bertahun lamanya, ini kini malam
pertama mereka dalam erti kata sebenar.

Episode 18


Suasana masih riuh rendah dengan hilai tawa orang kampung menyediakan majlis.
Adam dan Nur diusik kerana kemesraan mereka. Nur memujuk Sarah yang kecewa
kerana Aidil akan melangsungkan pernikahan dengan orang lain. Kata Nur jodoh
ditangan Tuhan. Kata Sarah,.Aidil pilih Aliya kerana dia anak orang kaya. Nur menegur
Sarah. Nur mengucapkan tahniah pada Aidil, dan Aidil mengharapkan kebahagiaan buat
Nur dan Adam. Nur harap akan berjumpa Aliya dalam masa yang terdekat. Menurut
Aidil, Aliya menerima dia seadanya. Sarah menasihatkan Nur supaya berhati hati agar
tidak kecewakan lagi oleh Adam tapi Nur semakin yakin dengan keputusannya, Adam
pilihan terbaik untuknya. Mereka saling berbalas pandang, dan tersenyum. Majlis
berlangsung dengan penuh meriah.. tetapi tiba seorang tetamu yang tak
diundang..Katrina.

Episode 19


Adam dan Nur terkejut dengan kehadiran Katrina yang kini berhijab. Katrina
menceritakan kisah hidupnya, selepas dia meninggalkan Adam, untuk menenangkan diri
setiap malam berpesta, bertukar pasangan, mabuk. Di Jakarta dia mengenali seorang
wanita yang membimbingnya dekat pada Islam. Nur menjemput Katrina untuk tinggal
dengan mereka untuk sementara waktu. Ibu bertanya pada Nur dan Adam siapa Katrina
sebenarnya. Nur cuba berdalih, tapi Adam tidak mahu membohongi ibunya lagi. Ini
Katrina, isteri keduanya yang dinikahi di Australia. Dibalut perasaan bersalah terhadap
Katrina, Adam sedia menerimanya kembali, dengan izin Nur. Katrina menyatakan pada
Nur dia tidak ingin merampas hak sesiapa, hanya berkongsi kasih seorang suami. Nur
angguk dan memeluknya. Katrina berkata, sungguh mulia hati Nur, dan semoga Allah
S.W.T. melindunginya sentiasa.

Episode 20


Adam, Kat dan Nur belajar hidup bermadu. Kat merasai dia mengganggu kebahagiaan
Adam dan Nur dan selalu mengalah. Adam cuba bertindak seadil adilnya. Dia berkongsi
masalah dengan Aidil. Dia merasakan jalan yang terbaik adalah untuk menceraikan
Katrina, tetapi rasa tanggungjawabnya menebal. Dia yang seharusnya membimbing
isterinya itu, bukan dilepaskan supaya mencari jalan sendiri.. Kata Aidil, dia harus
mendengar kata hatinya sendiri. Aidil dan Aliya hidup bahagia walaupun Aidil risau Aliya
tidak dapat menyesuaikan diri dengan rumah kampung mereka. Sarah cuba memasang
jarum dalam kehidupan mereka, dan bercerita padanya Aidil sebenarnya cintakan Nur.
Terkejut Aliya. Dengan selamba Sarah bercerita, Aidil sebenarnya sepatutnya
mengahwini Nur, tapi atas permintaan akhir arwah Haji Hassan, Adam yang dikahwinkan
dengan Nur tapi cintanya pada Nur tidak pernah padam. Aliya dihambat rasa cemburu.
Dia minta Aidil berterus terang.

bersambung lagii...

2 comments: