Tuesday, September 8, 2009

NUR KASIH again n again...

sambungan...

Episode 21


Kata Aidil itu semua cerita lama tiada lagi wanita lain dihatinya selepas berjumpa
dengan Aliya. Aliya masih belum pasti, Aidil cuba meyakinkan Aliya tapi hubungan
mereka terus renggang. Adam memberitahu Nur dia akan melepaskan Katrina. Nur
memujuknya supaya jangan, dan bersabar. Sewaktu menunaikan solat subuh bersama-
sama, Katrina pengsan, mereka cuba menyelamatkannya, tapi terlambat. Menurut
doktor dia meninggal kerana brain aneurism. Semuanya terkejut, tiada. Adam, Nur dan
keluarga di pusara Katrina. Seolah telah menjangkakan kematiannya, Katrina
meninggalkan sepucuk surat kepada Adam dan Nur, supaya berbahagia dan supaya
tidak lupa yang nur kasih sebenarnya, adalah Kasih kepada Nya..

Episode 22



Sarah semakin rancak meracuni fikiran Aliya supaya Aliya melihat sendiri keakraban Aidil
dan Nur. Sarah kata pada Nur, menurut Aliya, Aidil masih simpan perasaan terhadapnya.
Dan ini meretakkan hubungan mereka. Nur pinta berjumpa dengan Aidil untuk
penjelasannya. Aidil berkata dia hanya simpan perasaan terhadap Nur sebagai seorang
adik. Aidil mengiyakan dia pernah menyayangi Nur dahulu. Tanpa pengetahuan mereka,
Sarah dan Aliya mendengar perbualan mereka. Pucat lesi muka Aliya. Adam juga ada
mendengar perbualan itu. Sambung Aidil, Nur seorang wanita yang sempurna, dan
sangkanya dia akan dikahwinkan dengan Nur, sebaliknya yang berlaku. Dia rela
berkorban melepaskan wanita yang disayanginya untuk adiknya. Aliya tidak dapat
mendengar lagi, lalu pergi. Adam sebak mendengar pengakuan abangnya dan pergi juga.
Aidil berkata perkara yang lepas sudah dilupakannya. Jodoh Nur bersama Adam, dan dia
bersama Aliya itu sudah tertulis. Nur lega akan penjelasan Aidil, dan Sarah tersenyum
sendiri.

Episode 23


Aidil mendapati Aliya telah pulang ke rumah ibu bapanya. Dia cuba berjumpa tapi Aliya
mahu bersendiri. Sarah berkata Aliya tidak tahan dengan cara kampung dan rindukan
kemewahannya. Hancur hatinya Aidil sampai bila pun dia tidak akan mampu
memberikan kemewahan sebegitu pada isterinya. Dia berjumpa dengan Adam yang
tidak belas kasihan. Adam bertanya jika Aidil jujur cintanya pada Aliya. Aidil terhina
ditanya begitu. Nur juga perasan yang Adam menjauhkan diri. Adam ditugaskan ke
Mumbai, sebelum berlepas dia pinta maaf pada Aidil atas semua kesalahannya yang
terdahulu. Setelah pemergian Adam, Nur terkejut bila dikhabarkan Mumbai diserang
pengganas, dan hotel Adam telah ditawan. Nur dan Aidil cuba mendapatkan kepastian
dari Wisma Putra, tapi tiada berita. Ibu juga tidak putus-putus berdoa untuk
keselamatan Adam. Nur berkeputusan untuk ke sana, setelah Adam disahkan ada
dibiliknya pada masa ia diserang. Tetapi mayatnya tidak ditemui dan dia diklasifikasikan
sebagai hilang.

Episode 24


6 bulan kemudian, ibu bertanya pada Nur sampai bila dia mahu hidup sendiri. Kata Nur,
Adam menunggu Nur lama dan Nur akan tunggu dia seumur hidupnya. Aidil hilang akal,
kehilangan Adam dan Aliya. Nur memujuknya supaya berjumpa Aliya. Aidil dan Aliya
bertemu dan Aidil rela melepaskannya jika itu yang dia mahu. Aliya sedih, tanya kembali
apakah itu yang diinginkan Aidil? Aidil keliru. Kata Aiya dia tahu Nur bersendiri mungkin
Aidil mahu mengahwininya. Aidil menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, dan Aliya
juga. Mereka akhirnya mendapat tahu yang ini semua adalah angkara Sarah. Aidil dan
Aliya kembali bersama. Sewaktu Aidil bersembang dengan ibunya mereka melihat
keadaan Nur senyum bersedih. Tanya ibu, kalau ditakdirkan Adam telah pergi,
sanggupkan Aidil mengahwini Nur? Aliya mendengar soalan itu. Aidil berkata dia tidak
sanggup menduakan Aliya. Aliya terharu.

Episode 25



Aliya merapati Nur dan memberitahunya yang dia mengizinkan Aidil mengahwini Nur
jika itu takdir mereka. Nur menggeleng cintanya hanya pada Adam dan dia akan tetap
menjadi isteri Adam. Setiap hari Nur menulis email pada Adam. Dia bercerita pada
Adam segala-galanya yang berlaku dalam hidupnya seperti yang dilakukan Adam dahulu.
Walaupun dalam surat Nur cuba ceria, sebaik selepas menulis, dia menitiskan air mata.
Adam turut menitiskan airmata sambil membaca email di Mumbai. Adam kini bermisai
dan berjambang. Soal temannya tidak mahu pulangkah dia? Kata Adam, buat pertama
kali dalam hidupnya, dia mahu berkorban untuk abangnya, dia mahu Aidil bahagia.
Sarah yang melihat kakaknya menulis surat setiap hari pada Adam merasa cukup
bersalah. Tanpa pengetahuan Nur, Sarah mula menulis surat untuk Adam.

Episode 26


Nur menghabiskan masa dengan anak-anak di masjid. Suatu hari, Aidil melihat Nur
menangis, airmata berlinangan di pipi. Aliya mendekatinya mengingati perbualan
mereka yang dia mengizinkannya. Aidil merapati Nur dan berkata dia sanggup menjaga
Nur. Nur memandang Aidil, kemudian Aliya dan Nur menggeleng perlahan. Nur
membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia tidak mahu lagi menjadi
penyebab renggangnya hubungan Aidil dan Aliya. Dia ke stesen keretapi, dihantar Aidil
dan Aliya. Sewaktu keretapi berhenti, seorang lelaki berjambang turun. Nur, Aidil atau
Aliya tidak sedar akan ketibaannya. Nur bersalam dengan Aidil dan Aliya.. Tudung Nur
terbang di tiup angin dan dia menaiki keretapi. Dalam keretapi, Nur memandang keluar,
Adam tiba disisinya sambil memberi salam. Nur terkejut, memandangnya, bersyukur..
dia tahu Adam akan pulang juga ke pangkuannya. Mereka berpelukan.

abes cite...
nk lg best tggu je tayangan cite ni kat TV3 tue..

1 comment: