Friday, June 18, 2010

SESAJE...


Awakk!!!
Saya sedang cuba lupakan awak, saya sedang berusaha wakk.. tapi awak janganlah macam nak seksa saya. Tolonglah.. bukan saya redha dengan ’sayang’ dan ‘rindu’ kepada awak tapi saya tak dapat lari wakk. Please lah.. saya pun tak nak rindu sayang awak tu.. cuma saya tak boleh lari buat masa ni.

Awakk!!
Saya tahu awak langsung tidak ada apa-apa perasaan pada saya, rindu tidak sayang apatah lagi. Saya tak kisah pun, cuma saya mintak tolong berilah saya sedikit masa untuk saya lupakan awak.

Saya tahu awak dah bosan, dan jemu dan tak de mood nak layan saya, saya tahu saya MEMBOSANKAN awak. Saya tahuuuu.. tapi tolonglah, atas dasar awak pernah kenali saya, jangan buat keputusan terdesak macam ni.. Apa salah saya wakk..?

Awakk!!
Sampai satu masa nanti awak bawak lah hal awak, saya akan bawak hal saya.. jangan bimbang tetapi jangan lah DUMP saya macam ni.. tak kan sedikit pun takde perasaan kasihan pada saya wakk.

Awak!!
Saya tetiba suka pada awak bukan sebab saya ni kaki perempuan. Kalau saya ni kaki perempuan baik saya cari orang lain yang lebih cantik dan menarik daripada awak. Tapi sekali lagi.. atas nama kawan, tarik semula kata-kata tadi, boleh kan?

Pedihh nyer……

Awak..

Sekali lagi saya menulis, sekali lagi nampaknya awak kena baca cerita saya. Setiap kali ada masalah maknanya saya kena tulis untuk clear kan keadaan. Saya perlu lakukan ini semata-mata kerana awak. Ya kerana awak, kerana saya sayangkan awak.

Awak,

Saya minta maaf atas apa yang berlaku semalam. Saya menyesal, saya marahkan diri saya. Saya tak patut kaitkan perasaan kecewa saya dengan awak. Saya tidak cerdik dalam hal ni wak. Memang saya jeles bila orang lain rapat dengan awak, saya bengang bila awak layan orang lain lebih dari awak layan saya. Orang lain boleh, tetapi bila masa saya awak sentiasa lari atau buat lebih kurang jer.

Sebagai seorang kawan yang mempunyai perasaan lebih dari seorang kawan terhadap awak, saya memang jeles. Bila saya dengar awak ketawa, saya rasa orang lain dah happy kan awak, tetapi saya tak boleh buat awak happy macam tu. Saya pun nak awak happy macamana orang lain happy kan awak.

Secara halus saya rasa tersisih, takda perhatian dari awak, takde yang menarik di mata awak. Itu yang menjadikan saya tetiba sedih dan rasa nak cabut dari office. Entah la tetiba jadi sensitive pulak kebelakangan ini, dah nak monapous agaknya saya ni..

Awak, saya fikir dalam hal ini sayalah yang tidak sepatutnya bertindak mengikut perasaan. Awak hak orang ramai, semua orang boleh bercakap, mengadu masalah, berbual kosong, bertanya itu ini dengan awak. Itu tugas dan position awak di sini. Saya salah dalam hal ni wak. Maaf kan saya yer.

Saya janji saya tak akan ulangi lagi benda-benda bodoh ni. Saya kena kembalikan semuanya seperti dulu. Saya nak awak happy dan tak fikir benda-benda bodoh yang saya fikirkan ni. Kalau lepas ni saya bengang ke, saya jeles ke.. insyallah saya tak akan sampaikan pada awak atau buat benda bodoh macam ni lagi. Cukup saya sendiri yang rasa.. pandai2 lah saya settlekan nya nanti. Sekali lagi saya katakan saya menyesal buat awak berdebar-debar semalam.. saya rasa sedih bila awak sedih, awak kena tau itu. Saya minta maaf OK.

Awak,

Saya ni hanya menumpang simpati awak. Saya hanya menumpang di tepi-tepi hati awak. Saya tak boleh duduk selamanya di hati awak, adat menumpang buatlah cara menumpang dah sampai masa kena lah lari. Nak mintak lebih-lebih mana boleh, awak kasihan dan simpati pada saya sudah cukup besar buat saya. Insyallah saya akan lari juga nanti, cuma berilah saya masa.. Menumpang, gitu lah.

Awak,

Saya rasa awak mesti tertanya-tanya kenapa saya jatuh hati pada awak. Awak. dalam dunia ni sehari-harian saya ingat pada awak. Saya sendiri tak boleh jawab soalan ni, apa yang lebih awak dari orang lain, apa istemewa awak dari orang lain TETAPI mesti ada sesuatu yang membuatkan saya selalu rindu dan teringatkan awak.. dan lagi cukup payah kalau dah libatkan soal sayang.. jangan tanya saya, saya sendiri tengah cari jawapanya.

Yang pastinya, saya TAK BOLEH buat kerja kalau saya ada masalah dengan awak. Saya cepat tension kalau saya bengang dengan awak. Saya jadi malas kalau awak SMS yang buat saya bengang. Saya jadi rajin, happy, semangan nak datang kerja kalau awak happy kan saya. Awak banyak mempengaruhi hidup saya akhir2 ni, Kalau awak abaikan saya, saya jadi tak tentu arah.

Tak dapat SMS awak sehari saya jadi hilang arah. Kalau nampak awak, saya rasa berdebar-debar, rasa nak peluk girlfriend saya. Sayang tak dapat lari dari nafsu, awak tahu tu kan? Rasa nak belai rasa nak dakap awak.. bukan peluk bernafsu wak, peluk sayang. Saya pun tak reti nak cakap lah. Jangan marah saya tulis tu. Awak jangan fikir sangat benda ni, saya sekadar luahkan saja. OK jangan letak di hati hal ni, untuk pengetahuan awak saja tu.

Awak,
Apa yang saya alami sekarang adalah satu bebanan buat saya, saya dah terlalu dalam benda ni makan diri saya, berapa kali saya duk ulang ayat ni. Kalau cerita kat orang pun, orang tak de yang nak percaya, lagilah saya dikatakan bangang sebab bercinta dengan orang macam awak lah.

Awak..

Selepas ni saya harap awak akan kembali seperti biasa, macam dulu-dulu. Saya tak nak awak sedih, awak menangis, awak berdebar-debar, awak susah hati disebabkan saya. Saya bukan teman istimewa awak, saya hanya menumpang sayang saja. Menumpang hati seorang kawan yang saya anggap girlfriend saya.. tak kira lah awak anggap apa pada saya pun. Bagi saya awak adalah girlfriend saya.

Awak jangan fikir lagi OK, concentrate dengan kerja awak, Anggaplah saya ni sebahagian dari kawan-kawan awak yang awak ada. Kalau boleh terima lah saya sebagaimana awak terima kawan-kawan awak yang lain, mungkin kawan baru bagi awak. Saya tak kisah.. saya tak nak awak susah hati disebabkan saya lagi, saya susah hati takpe. Kalau saya hantuk kepala sekalipun, saya akan usahakan cari ubatnya sendiri …

Akhir sekali, take care. Sekali lagi saya minta maaf ya.

3 comments:

  1. kenapa rasa tulisan nie macam luahan yang betul..

    ReplyDelete
  2. Awak..saya pun sayang dan cintakan awak..tolonglah faham perasaan saya..untuk kali ini je wak...berikan saya peluang utk memiliki awak wlupun utk sehari...hahaha

    ReplyDelete