Tuesday, September 8, 2009

KHAS UTK RAKAN2 EN BART YG MINAT SGT CITE NUR KASIH...

Episode 1

Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang
belajar dikelilingi kawan-kawan dan tin-tin beer, hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan
isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yang telah diketahuinya. Hayatnya
telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia
senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal
kepada kawan sekuliahnya setelah mereka tamat pengajian. Aidil menerima panggilan
telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya. Adam pulang ke hostel
dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara, dia kaku tiada reaksi. Di stesen
keretapi Kuala Lumpur Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada bayang-bayang Adam.
Aidil kecewa dan menaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka
berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil dan Adam tiba di Kuala Kangsar dan
pandangan mereka tertumpu pada seorang gadis jelita, Nur Amina.


Episode 2

Pandangan Aidil dan Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan
mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan
pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik
sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya
Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid.
Melihat bapanya, Aidil sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam
pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia
mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bicara. Hubungannya
dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya
sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi
pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya dia mempunyai ciri isteri mithali.
Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur
Amina sebagai isteri kepada Adam.

Episode 3

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang
isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan
Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah
membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh
yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Ada
tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di
sampingnya. Upacara perkahwinan Adam dan Nur berlangsung, dalam sekelip mata
hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahukan meneruskan
pelajarannya, dan Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada
yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan
kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan
Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.

Episode 4

Malam pertama Adam dan Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia
tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan
dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan
ecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak dan cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjua
uih kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelamatkannya. Aidil tidak
apat tidur terdengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura sepert
egalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur
Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai
“lakonan” ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh
Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan
yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah
dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. Ustaz Hassan akhirnya
meninggal dunia.

Episode 5

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hati
erat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan
pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia
tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengar perbualan itu. Adam
masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah
bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari semua
segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan
ucapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan
pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun
diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunya. Bila Ibu menanyakan
Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka
teruskan hidupnya mengharapkan cinta yang tidak tiba.

Episode 6

Di Australia, Katrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas
kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam
Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan
ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahit di Malaysia dan mulakan hidup
baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul
dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih
beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur
menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenarnya
Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk
menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah
negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibunya
menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.

Episode 7

Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi
Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan
Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru
dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya.
Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelubungi Adam. Dia melupakannya
dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia akur masa untuk berterus-terang
engan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan
ur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang
terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya
yang sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian
dam, tiada berita. Dia sendiri hantar e-mail gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam
dan Nur. Setelah itu Aidil dan Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.

Episode 8

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira
Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka
terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan anak Katrina mati dan dia akhirnya
tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam
keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading, dan Aidil cuba menghubungi Adam
untuk membebaskan Nur dari ikatan yang tidak bertali ini tapi Adam tidak dapat
dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik
bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang
kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.

Episode 9

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Adil tidak buka
pesanan tersebut hingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut,
Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya
ada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan rayu Adam
menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada
Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke
kampong ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh
diknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegas kearah rumah Adam
dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan
peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.

Episode 10

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk
kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina! Adam mengakui yang
dia memerlukan Nur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil
kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal
jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru,
tetapi Aidil nasihati untuk megikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka
dan rasa cemburu menyelubungi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi
jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk
jelaskan Ibu perkara sebenar, dan ia tidak bermaksud dia akan menerima Adam. Dia
sudah ada tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini
tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia
akan berjumpa dengan keluarga Adam.

bersambung....hehe..

Sedar lah rakan-rakan sekalian...

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.

"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."

"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga."
Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."

"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."

"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."

"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."
Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".

"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".


Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."


Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."

Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."


Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Saturday, September 5, 2009